Selasa, 3 Mei 2011

Gambar Osama Laden Meninggal - Gambar Pun Tipu

 

WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat (AS), berkata mayat Osama bin Laden sudah disemadikan di laut selepas pemimpin Al-Qaeda itu terbunuh dalam serangan yang diketuai AS di Pakistan, awal pagi tadi.


Selepas serangan itu, pegawai berkenaan berkata, mayatnya akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.

Katanya, amalan itu memerlukan mayat umat Islam ditanam dalam tempoh 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima mayat Osama adalah sukar.
Berikutan itu, beliau berkata, AS membuat keputusan menyemadikannya di laut.

Bagaimanapun, pegawai yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata lokasi Osama disemadikan tidak didedahkan. - AP

Kebumikan kat laut plak.??.ada ke tak mayatnya ni??...aku semakin percaya ni sume konspirasi je..tengok gambar pun mayat osama pun terang-terang tipu..nampak sangat photosopnye...korang bandingkan gambar kat bawah ni k...tengok kat bahagian janggut tu...


KAHERAH: Beberapa ulama menyatakan persemadian Osama Laden di laut sebagai melanggar tradisi Islam dan akan menjurus militan untuk menuntut bela dengan menyerang sasaran Amerika Syarikat.

Sebilangan besar ulama kanan menyifatkan tindakan Amerika itu sebagai satu penghinaan dan tidak mengendahkan amalan mengebumikan jenazah dalam kubur dan menghadap ke kiblat di Makkah.

Menurut mereka, persemadian di laut hanya dibenarkan dalam kes tertentu seperti apabila kematian berlaku di atas kapal yang sedang berlayar.

Imam Besar Masjid al-Azhar, Sheik Ahmed al-Tayeb, berkata persemadian Osama di laut "bertentangan dengan prinsip syariah, nilai agama dan amalan kemanusiaan".

Seorang ulama di Lubnan, Omar Bakri Mohammed, berkata: "Amerika mahu menghina orang Islam menerusi persemadian seperti ini dan saya tidak fikir ia satu kebaikan untuk pentadbiran Amerika." -


untuk lebih penjelasan baca kat sini [malaysianbite]

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...