Jumaat, 25 Februari 2011

Kadar Celik Huruf Wanita Malaysia Tertinggi Di Dunia

Aku amik kat utusan..bukan sebab nak jadi wartawan part time..hehe..tapi berita ni macam menarik je..Tahniah untuk Mak aku, adik aku..My special one...dan sume wanita-wanita ka Malaysia...korang terbaik..

NEW YORK 25 Feb. – Kadar celik huruf dalam kalangan wanita di Malaysia ialah 99 peratus, iaitu angka yang sangat tinggi bukan saja di Asia tetapi juga di dunia.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pencapaian itu disumbang oleh polisi kesamaan gender yang dilaksana kerajaan.


"Pindaaan Perkara 8, Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan tidak ada diskriminasi berasaskan gender,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Mengetuai delegasi Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini, Shahrizat membangkitkan pelbagai isu membabitkan wanita pada sesi ke-55 Suruhanjaya PBB mengenai Status Wanita.

Menurut Shahrizat, Bachelet kagum dengan situasi wanita di Malaysia dan juga kepelbagaian bangsa yang membentuk rakyatnya.
"Wanita Malaysia mempunyai banyak pilihan dan peluang. Usaha Perdana Menteri juga dihargai agensi-agensi PBB. Beliau (Bachelet) mahu bekerjasama dengan kementerian ini.

"Kami berminat untuk bekerja ke arah memperkasakan wanita dan memberikan mereka peranan sebagai pemimpin. Melabur demi wanita adalah langkah bijak daripada segi ekonomi. Menjadi impian saya untuk melihat setiap wanita mempunyai pendapatan sendiri,” kata Shahrizat.

baca lebih lagi kat utusan eh..aku amik ckit je..

5 ulasan:

Unknown berkata...

gud2.... laki macam mana?

Kisah Tatie berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
walinong sari berkata...

wanita banyak klebihan yang tak diketahui umum.. ekekeke :p

sawn berkata...

rasa bangga jugak.. walaupun aku laki... hehehehe

nescafe_ais berkata...

lelaki tungu Menteri Pembangunan Lelaki, Keluarga dan Masyarakat plak umumkan nnt,,haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...