Ni bukan gambar keldai dadah tau...
Berita ni dipetik dari Sinar harian aku bukan wartawan k...hehehe..macam-macam dah kelebihan Facebook ni..dah jadi tempat menternak keldai plak..tapi kenapa org pompuan eh jadi mangsa..hmmmmm..
KUALA LUMPUR – Sindiket edar dadah antarabangsa kini menggunakan teknik licik melalui laman sosial popular, Facebook untuk menjadikan wanita tempatan ‘keldai dadah’.
Modus Operandi terbaru itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Noor Rashid Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.
Melalui teknik itu, katanya, sindiket antarabangsa berkenaan akan bergabung dengan anggota sindiket dalam negara ini bagi menjadikan wanita sebagai mangsa.
Noor Rashid berkata, modus operandi itu dimulakan dengan kaedah sindiket terlebih dulu akan berkenalan dengan mangsa melalui Facebook.
Setelah berkenalan rapat hingga mendapat kepercayaan mangsa, anggota sindiket seterusnya akan menjanjikan kemewahan kepada mereka selain mengaburi mangsa dengan membawanya melancong ke luar negara.
“Apabila mendapat kepercayaan daripada wanita itu, barulah sindiket akan menjadikan mereka keldai dadah,” katanya.
Menurutnya, sindiket itu sering menjadikan wanita sebagai mangsa untuk membawa dadah ke negara ketiga.
”Sebelum ini mereka merekrut wanita tempatan secara langsung tetapi kini melakukan perubahan dengan mendapatkan khidmat sindiket tempatan bagi merekrut mangsa.
”Sebelum ini, warga Nigeria dan Iran menggunakan modus operandi yang sama untuk merekrut wanita tempatan terbabit sindiket pengedaran dadah ini,” katanya berhubung modus operandi terbaru itu.
9 ulasan:
facebook sangat berguna ..
haha.
Biasalah..yg penting kena jg nafsu. kita sendiri sedia maklum bahawa yg pompuan ni selalu jd mangsa sbb mereka ni mudah digoda & tergoda berbanding lelaki. renung2kan. kalau x fhm apa yg BJ maksudkan bleh try google.
macam2 ada kt febuk skrg ni.
pgedar dadah pon celik IT der..
hehe
takut jd cam myspace lak t..
kemajuan... seiring dgn masa... he he ...pejahat penyangak pun ada kemajuan... hari tu berita pun ..pompuan jd mangsa... menawarkan khidmat sex... adusss.... lumrah manusia suka buat yang dilarang... he he... jd kena jaga jaga dan berhati hati.... jgn mudah cair dgn ayat power..he he ... wahai kaum hawa....he he
ni jenis org yang salah guna facebook,,huhu
salam kenal gak.....
akak xdak muka buku :P
uishhh...bace gak ni..ingat ape la...beria je bace tajuk rekrut keldai gune fesbuk..ingtkn keldai da celik it skang
Catat Ulasan