Jumaat, 8 April 2011

Proton Satria Neo R3 Supercharged – edisi khas


Proton Motorsports telah tampil dengan projek terbaru selepas versi Proton R3 Satria Neo berjaya dilancarkan dengan jayanya. Sekarang sempena sukan permotoran Formula 1 yang bakal diadakan di Sepang pada 8-10 April, sebagai penghargaan kepada pasukan Lotus Renault GP yang membawa jenama Group Lotus dan Proton, sebuah lagi versi edisi khas Satria Neo R3 bakal dilancarkan


Kali ini ianya lebih berkuasa dengan penggunaan unit supercharger di bahagian enjin, meningkatkan kuasa kuda kepada angka 175hp dan 200Nm, lebih berkuasa dari versi Satria Neo R3 Lotus Racing. Buat masa sekarang tanpa sebarang pengumuman rasmi, model hatchback dua pintu berkuasa ini dinamakan Proton Satria Neo R3 Supercharged.Mengikut maklumat dari sumber asal, unit supercharger itu dibekalkan oleh sebuah syarikat dari Australia bernama Sprintex, di mana supercharger itu dikatakan mampu meningkatkan kuasa kuda dan tork enjin CamPro, sesuai jika digunakan terhadap model Proton seperti Proton Exora. Jika benar, mungkin pemilik Exora mendapat idea bagaimana cara untuk meningkatkan prestasi MPV mereka itu yang agak kurang berkuasa.
Satu lagi antara yang menarik perhatian ramai ialah penggunaan corak yang sama pada jentera F1 Lotus Renault GP, seperti penggunaan warna hitam sebagai latar belakang dan garisan berwarna perak, kelihatan sporty dan memberikan kesan eksklusif sebagai makluman bahawa ini merupakan Satria Neo R3 versi Lotus Renault GP.
Adakah Satria Neo R3 Supercharged ini akan dijual atau ianya dibina sebagai mesin prototaip sahaja? Jika ianya untuk dijual secara eksklusif, pastinya akan dikeluarkan dalam jumlah yang terhad dan berapa pula harga yang akan diletakkan?. Sebelum lebih banyak maklumat berkenaan model ini didedahkan secara rasmi atau pun tidak, anda boleh saksikan dahulu galeri untuk melihat kehebatan jentera yang mendapat inspirasi dari pasukan Lotus Renault GP ini.












Sumber:-fastmotoring

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

waaa....meleleh je tgk r3 ni....tapi apekan daya....yg layak cume m-line saje...ni pown tgh kumpul duit nk wat duit muke...doa kan yea....hehe..

RHI berkata...

wowww...dr depan cantik tp bila pandang tepi, kurang menarik pulak tengok...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...