Rabu, 27 April 2011

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012


Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012 akan dibuka pada 28 April 2011 ini. Kepada Calon SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2010 yang telah memohon program Matrikulasi 2011, anda boleh menbuat semakan keputusan permohonan anda ke Matrikulasi 2011 pada 28 April iaitu pada hari esok.

berikut update terbaru yang diperoleh dari Laman Web Matrikulasi

Keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi 2011 akan diumumkan pada 28 April 2011. Pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 boleh memuat turun perkara berikut mulai 28 April 2011 sahaja.

    1. Surat Tawaran

    2. Panduan Pendaftaran Pelajar

    3. Borang Perjanjian Pelajar

    4. Dokumen Peribadi Pelajar

Selain itu semakan ke Matrikulasi 2011 juga boleh dibuat melalui SMS melalui cara berikut:-

1. Taip perkataan MOE MAT (jarak) nombor kad pengenalan

2. Hantar ke 15888


KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN KE MATRIKULASI


Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 atau faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.

Anda boleh juga mengunjungi 

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

P/s:-Link untuk semakan keputusan ke Matrikulasi 2011 akan di update dari masa ke semasa

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...