Apa itu E-mail 1 Malaysia atau My E-MaiL??MyEmail atau E-Mail 1 Malaysia adalah perkhidmatan mesej e-mel yang terbuka untuk semua Malaysia. Jika anda seorang warga negara Malaysia maka anda berhak untuk mendapat akaun MyEmail.
Pendaftaran sederhana dan kelulusan dalam masa 24 jam. Dengan akaun MyEmail anda boleh mendapatkan berita terbaru dan berita tentang kerajaan terus ke inbox anda.Anda akan Jadi orang yang pertama tahu tentang inisiatif baru kerajaan, perkhidmatan atau dasar. Gunakan MyEmail anda untuk terus berkomunikasi dengan para pemimpin kerajaan dan menerima balasan langsung dari mereka.
Dalam waktu terdekat MyEmail atau E-MAil 1 Malaysia akan tampil dengan perkhidmatan untuk membantu pemegang akaun MyEmail mendapatkan hasil maksimum dari interaksi mereka dengan kerajaan. MyEmail pasti akan meningkatkan akses dan penghantaran perkhidmatan kerajaan secara langsung ke inbox anda.
Laman Rasmi E-MAil 1 Malaysia = E-mail 1 Malaysia
Setelah diumumkan, kini halaman untuk projek E-mail 1 Malaysia telah pun boleh diakses, dimana ianya menggunakan nama domain MyEmail.my. Selain daripada itu, ianya juga dilihat yang mana memandangkan ianya dibangunkan dengan kerjasama pihak Microsoft, kelak ianya akan mengguna-pakai perkhidmatan Windows Live sebagai tonggak utamanya.
Halaman Utama MyEmail.my atau E-Mail 1 Malaysia
Melalui laman tersebut yang dibangunkan bersama oleh Tricubes Sdn Bhd, dan Microsoft merupakan salah satu initiatif kerajaan, dimana melaluinya mereka berharap untuk menyediakan sebuah platfom yang selamat dan boleh dipercayai.
Beberapa info pada laman tersebut memperlihatkan yang mana MyEmail kelak akan menyediakan ruangan sebanyak 25Gb, serta turut sama didatangkan bersama-sama dengan fungsi-fungsi lain yang terdapat pada Windows Live, termasuk kebolehan untuk mengubah dokumen secara terus melalui atas talian.
Buat masa ini, pendaftarannya belum lagi dimulakan, dan ianya dijangka akan dilancarkan sekitar bulan Julai kelak.
P/s:-Korang rase E-Mail 1 Malaysia camne??satu pembaziran atau kita cuba dulu?? Tepuk dada tanya selera...Klu tak suka E-Mail 1 Malaysia korang klik Sini...hehehe
[sumber:-Sini dan Sini ]
2 ulasan:
nice article..
ok la tu kerajaan buat macam tu.. senang nak berkomunikasi dengan pemimipin... lagi satu, nnti aduan atau email yang diterima itu dapat daripada orang yang betul... dah dapat detect kalu orang cuba nak main2... kalu tak puas hati pun senang, suara jer... tak der la radikal sangat... bagus...
herm x salah pun. lg pun dunia la ni makin lama makin maju. tapi kan baru2 ni windows live punya e-mail kena hack.
Catat Ulasan