Isnin, 11 April 2011
Pelanggan Tergamam Hidangan Patin RM13,000..!!!
Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.
Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.
"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.
"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.
Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.
Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.
giler r..hidangan patin sampai RM13000.!!!...mujur yang makan jenis banyak duit..jadi hati-hati kalau nak cuba makan hidangan ikan patin di Temerloh..tnya dulu harga dia..tapi bukan sume hidangan patin mahal..aku suka gak makan ikan patin masak tempoyak ni kalau g Temerloh..memang menjilat pinggan...hehehe..kalau aku kena harga macam tu, memang aku bako kedai tu..kita bako...hehehehe..
[baca penuh]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
ya Allah...sampai macam tu sekali harganya....
Boleh ke macam tu , repot la
kalau aku,mampos aku x bayar! naik court lah
http://www.dunialandax.com/
Tu semua gara gara PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH LAH !! KALAU PAKATAN RAKAYAT PERINTAH,SEMUA BARANG AKAN NAIK HARGA!!
aku xphmla komen papa gomo..isk klu aku, baik aku basuh pinggan je dr kuar modal 13k
mak ai! tu ikan patin or ikan jaws...awat mahal sgt...
Emm,mahal gile...LAu macam tu,sehari je leh dapat kete sebijik...
PApa gamo salah parking ke??
13k??
kutip duit sikit2 kt orang2 tu.. hahaha...
Catat Ulasan