Jumaat, 22 April 2011

Rahsia Tulisan Tangan


Rahsia Tulisan Tangan..
Menurut seorang profesor dari Universiti Kebangsaan Malaysia, tulisan tangan dapat mempengaruhi sikap,pergaulan dan juga sedikit sebanyak dapt mempengaruhi percintaan.....Berikut jenis-jenis tulisan tangan dan rahsianya...

KECONDONGAN TULISAN

TEGAK
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

CONDONG KE KANAN
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

CONDONG KE KIRI
Dia ni seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ni seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya.

BENTUK TULISAN

BENTUK TULISAN LEBAR
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.

TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.

BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

JARAK TULISAN

TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:

RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

P/s:-Korang yang mana??

1 ulasan:

RHI berkata...

tulisan condong
ke kanan ni, tp tak delah sampai cam tu sangat, kalau ayat yg terakhir mungkin betul kut, memang tak suka menunggu haha

bentuk tulisan
bersambung

jarak tulisan
bila dah bersambung mestilah rapat haha...panjang lebarlah pulak hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...