Jumaat, 11 Mac 2011

Gempa Bumi Dan Tsunami Melanda Jepun - Video


Video Tsunami Yang Melanda Jepun

Sebentar tadi Jepun  dilanda gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter yang menggegar pantai timur negara itu.Akibatnya, satu kejadian tsunami setinggi 10 meter berlaku kesan dari Gempa bumi tersebut.

Reuters melaporkan akibat gempa bumi tersebut tsunami setinggi 10 meter berlaku dan merosakkan kawasan pertanian serta menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan Tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.Perdana Menteri Jepun, Naoto Kun mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu mangsa yang terlibat dalam gempa bumi tersebut. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan akibat dari gempa bumi tersebut.Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

- Reuters

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...