Rabu, 2 Mac 2011
Terperangkap Dalam Kesesakan, Akhirnya Tergadai
MERAK, Indonesia 1 Mac - Pemandu-pemandu trak yang terperangkap dalam satu kesesakan lalu lintas luar biasa untuk tempoh lebih seminggu hari ini terpaksa menggadai barangan peribadi seperti telefon bimbit semata-mata untuk membeli makanan.kesesakan itu berlaku sepanjang 11 kilometer dan mengakibatkan 2,000 trak terkandas.
Ia turut menyekat laluan penghantaran barang melalui jalan raya dan feri dari pelabuhan Merak di Jawa Barat ke pelabuhan Bakauheni di tenggara Sumatera, satu laluan yang hanya mengambil masa selama tiga jam, tetapi para pemandu tersebut terkandas sejak 21 Februari lalu.
"Saya terkandas di sini selama tiga hari dan saya semakin hilang sabar. Saya juga kehabisan duit sehingga terpaksa menjual telefon bimbit untuk membeli makanan.
Seorang lagi pemandu, Endin, 45 berkata, barangnya telah dicuri ketika sedang nyenyak tidur.
"Saya terlalu penat menunggu sehingga saya tertidur. Apabila terjaga, saya dapati dompet saya hilang. Saya kelaparan dan penat, saya hanya mahu pulang," katanya.
p/s:-Janganlah jadi kat malaysia...Jem setengah jam pun da rase nak langgar bontot kete org...hehe.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
gilos. igtkan kt china ja jd cmni...
kt malaysia insyaAllah xjadi mcm ni kot.. huhu
Catat Ulasan