Jumaat, 11 Mac 2011

Keburukan Kacang Soya

Soya  mengandungi nutrien penting dan protein,..itu yang selalu kita dengar...Tapi..!!!

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya ialah:

- Meningkatkan risiko penyakit barah payudara di kalangan wanita.

- Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

- Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan
  kanak- kanak.


Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang - kelembutan??..lelaki lembut..auwww..).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia ( komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu bahan kimia bernama isoflavone ( sebatian kimia yang dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung).

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid ( mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink.) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 ) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di diaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Bukan Aku tulis Ustaz Hashim Al-Maranji yang tulis..aku share je...hehehe..dipetik dari...persatuan pengguna islam malaysia

P/S: Ibu mengandung selalu minum soya coz nak bagi baby jadi putih kan..heheh

4 ulasan:

Unknown berkata...

ada juga kebaikan dia juga kan?

http://notamanjaku.blogspot.com/2011/03/awak-nak-minta-tolong-boleh-tak.html

Unknown berkata...

dah ader fakta yg mnyokong ker.. klau btul... alamak....!!!!

Munn Jaafar berkata...

kanser tiroid..??? aduh..

n!cK berkata...

ngeee..naseb baik xbape suke air soya..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...