Khamis, 3 Mac 2011

AL-Farabi Band - Rock Islamic..Ok Ke??


Al-Farabi Band adalah sebuah Band berkonsep rock Islamik, imej rock tetapi berserban dan bertudung, lagu disampaikan berkonsep rock, tetapi lirik ketuhanan.
Al-Farabi memilih konsep rock Islamik sebagai identiti kumpulan berkenaan kerana mengikut jejak idola mereka seorang ahli falsafah dan ilmuwan Islam, Imam Abu Nasr Muhammad Al Farabi. 



Al-Farabi berkata, Imam Abu Nasr bukan sekadar ahli falsafah dan ilmuwan Islam, tetapi seorang pemuzik hebat, pencipta alat muzik gambus dan menghasilkan kitab ilmu muzik Islam berjudul ‘Al-Musiqa’.

Al-Farabi ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu dianggotai empat lelaki dan seorang wanita, bergerak secara indie.

Kebenaran dan perjuangan Islam menjadi mesej utama menerusi lagu disampaikan dalam rentak ‘new age progresif rock’.
Walaupun bergerak secara indie, Al-Farabi memiliki studio sendiri, The Al Farabi Musiqa Studio yang terletak di Shah Alam dan studio itu turut dibuka kepada umum.
Korang rase ok ke??....ntahlah...apepun jom layan klip kat bawah ni...

3 ulasan:

Browacana berkata...

Tak tau la.... kalau ikutkan muzik islamik sepatutnya jangan gune gitar... memang tak boleh...

wanbu berkata...

ermmmm.... susah nak komen ar

diaorg punyer band diaorg punyer pasal la kan...

leh ker cenggitu ^_^

meo berkata...

vokalis tak berapa rock...

faizal tahir jadi vokalis baru power..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...