Selasa, 22 Mac 2011

Hukum Membunuh Semut..!!!


Soalan:

Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah s.a.w dari
membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan,bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?

Jawapan:

Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya. Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan. Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah,setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari
keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampuuntuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'aklam
 
sumber:-rakanmasjid

3 ulasan:

dhiera berkata...

jahil nya saya..saya tak tahu pula yang ini~

fiezah91 berkata...

ooo mcm tu..thanks share.. br tau ni

Tanpa Nama berkata...

Assalam..Sy nak tny ni..macam mana pulak kalau semut api masuk rumah eh??? Maklum la kat kampung... DAh tu banyak..penuh kat lantai...Nak halau gne penyapu,semut tu kecik... md8761@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...